Sunday, 26 February 2012

InSAn BiaSA

Ahad 26 February, 2012

Aktiviti hari ni, seperti biase di sebelah pagi, kerja2 rumah, lps zuhur g pasar dgn mak, lps tu balik tlg mak siang itu ini then tgk dvd. baru je ni makan meggi yg mak masak... nomnom dapnyer.. huh 

Tapi yang benarnya bukan nak cite pasal meggi, nak cite tentang hidup. Kita selalu kan mengeluh tentang hidup kita, ade je x kena, ade je x betul. kenapa ek? mungkin sbb kita ni insan biase je, bukan Rasullah S.A.W.

Saya mmg manusia yg suke merungut, ade je x kena.. adekah sy dikira x bersyukur kalau asik merungut? saya kira jawapan yg akan sy dapat adalah "ya". 

Saya selalu rase sy lah org yang paling malang hanya kerana sy x kawen lagi. sedangkan sy x patut dan x boleh berkata mcm tu. sbb xde manusia pon yang malang. Allah itu Maha Adil. Cume sy x mampu tuk kawal rase kecewa tu. Mungkin org sekeliling terutama keluarga sy nampak sy mcm tabah dgn status skrg ni, tapi hakikat sebenar tidak sama sekali. Sebab sy x nak tunjuk kelemahan tu dpn mereka. Saya rasa since abg dah kawen dan sebenarnya sblm abg kawen pon, mak mmg selalu bergantung dan memerlukan sy dalam byk hal, jadi sy x nak jadi insan yang lemah dpn mak, sbb x nak mak rase dia xde anak2 yg bole dia luahkan perasaan bile hati dia gusar. jadi saya perlu berlagak jadi org yg tabah dan kuat terutama dpn mak. 

Kadang2 sy kesian dkt mak n ayah, dia usia dia skrg sepatutnya dia dh ade sekurang2nya 3 org cucu, tp smpi skrg dia cume mampu senyum dan seolah2 terpaksa senyum bile org kate "ko bile nak bercucu". abg belum ade anak, dan saya belum kawen, mcm mane nak bg mereka cucu. sy tau mak dan ayah x ckp ape2, tp jauh di sudut hati mereka nak sgt ada cucu, dan sy kecewa dgn diri sy, sbb sy x kawen lg dn sy x boleh buat mereka rasa happy tuk ade cucu. Satu je harapan saya, semoga Allah bagi saya kesempatan tuk berkahwin dan melahirkan anak dan seterusnya dapat beri kesempatan tuk mak dan ayah saya tgk cucu mereka. Saya berharap doa sy dimakbulkan. Hari khamis ni kakak sepupu nak tumpang baby dia sekejap sbb mak dia yg selalu jaga anak dia nk g hospital, ade check up. ayah punye la suke dengar, sampai ayah kate nak cuti. Kesian ayah.. sy rasa bersalah... :((

Tapi adakah sy akan berkahwin, saya x nampak walau bayangan pon utk saya berkahwin, di usia 29 tahun ni boyfriend pon sy xde, then macam mana sy nak kawen.. Ya Allah Kau lebih tau ape yang terbaik utk hambamu......

  

Tuesday, 24 January 2012

Diam Itu Lebih Baik Dari Berkata-Kata??

Pernah tak anda rasa yang lebih banyak anda berfikir, semakin sukar untuk anda buat keputusan terhadap apa yang dipikir. Semakin banyak yang anda rasa perlu diluahkan semakin banyak juga yang anda rasa patut anda diamkan sahaja.

Saya? seorang hamba Allah yang panas baran, cepat naik angin dan kadang2 selalu salah buat keputusan dalam hidup. Selalunya bila saya marah sy wajib luahkan, sbb kalau sy tak luahkan sy akan jadi bertambah stress dan berkemungkinan boleh jadi bengong. Cume yang menjadi masalah bukan semua perkara kita bole luahkan pada semua tempat. sebab kalau salah tempat kita yang susah.

Perasaan? adalah satu perkara yang kita perlu berhati-hati bila kita luahkan kerana takut di salah ertikan oleh org yang kita cuba sampaikan maksud tu. Ada orang memang dia suke pendam je apa yang dia rasa, ada pulak yang berani dan dia akan luah perasaan tu pada orang yang ingin disampaikan maksud itu.

Saya? semakin dewasa dan sudah semestinya saya harus mengambil keputusan terhadap apa yang saya ingin sampaikan mengikut tahap kedewasaan saya.. dalam beberapa hari  kebelakangan ni saya mula sedar yang saya perlu berhati-hati terhadap apa yang saya katakan dan apa yang saya cuba luahkan kerana setiap apa yang kita sampaikan akan dinilai oleh mana2 individu. Nilaian daripada mana2 individu tidak mampu kita halang. Jadi kita yang perlu berfikir dengan wajar sebelum menyampaikan apa2 sahaja yang terfikir di fikiran.

Kadangkala kita memilih seseorang tuk mendengar luahan perasaan kita sbb kita rasa dia mampu jadi pendengar yang baik. ade sesetengah orang kata, tak perlu bantu selesaikan masalah tapi jadi pendengar je dah cukup baik. Ye betul, kadang2 kita tak minta seseorang tu utk bagi pandangan tapi kita cume harap dia sudi dengar agar kita dapat ringankan tekanan yang kita pendam tu. Sebab kita ni manusia biasa, bila orang lain stress kita mampu tolong, tapi bile kite sendiri stress kita tak boleh tolong diri sendiri, jadi kita perlukan kawan2 kita.

Tapi hakikatnya kita tak boleh bergantung harap pada orang je, kita yang kena buat sesuatu tuk diri kita sendiri. Ye nalizah, berusahalah untuk menyelesaikan masalah anda sendiri dan cari la jalan untuk tangani stress sendiri, jangan harapkan orang lain, sbb sampai bile pon kite asik nak minta tlg orang je. 

Hakikat sebenar kehidupan ; Diam Itu Lebih Baik Dari Berkata-Kata
Ye saya akan cube jadi orang yang lebih diam,,, Insyallah










Saturday, 21 January 2012

PMS !!!!

Salam,

Anda tau ape itu PMS?
  
Premenstrual syndrome (PMS) (also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. While most women of child-bearing age (up to 85%) report having experienced physical symptoms related to normal ovulatory function, such as bloating or breast tenderness, medical definitions of PMS are limited to a consistent pattern of emotional and physical symptoms occurring only during the luteal phase of the menstrual cycle that are of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[1] In particular, emotional symptoms must be present consistently to diagnose PMS. The specific emotional and physical symptoms attributable to PMS vary from woman to woman, but each individual woman's pattern of symptoms is predictable, occurs consistently during the ten days prior to menses, and vanishes either shortly before or shortly after the start of menstrual flow.

So skrg dah tau kan... ye sy sedang PMS. jadi sy ade masalah emosi yang tak mampu sy kawal dek akal fikiran yg waras kerana satu simptom ngok ngek telah menganggu gugat perasaan dan emosi sy tika dn saat ini..

Jadi skrg ni sy dgn mudah akan naik angin, nak marah, rasa nak lempang org, mudah sensitif, cepat kecik ati, dan bermcm2 lg jenis emosi,, sehubungan itu kalau sy ade buat ape2 yg buat sape2 pon bosan dgn perangai sy ni, sy mohon fahami la bahawasanya sy sedang PMS...

sy bukan sj2 je nak beperangai sedemikian rupe.. :(

*sy sedang menulis dgn gigih walau senggugut tgh melanda.... sakitnyer nape la awk buat sy mcm ni senggugut...










Friday, 30 September 2011

TGIF

yeayyy ari jumaat.. kite cuti ari ni,, bawak mak g buat bermacam2 urusan bank, bayar zakat, g beli brg dapur.. goshhh.. tggjwb seorang anak rite ;) malam ni nak rilex2 je.. hurmmm nak baca novel yg dh dibeli hampir sebelum tapi masih belum sempat baca.. suke x baca novel? kite suke,, tp depends pada masa yg ade... huhu.. k la chow dulu.. enjoy ur friday nite.. muuaaahhhhh

Thursday, 29 September 2011

CANTIK

Bile la kan nak jadi cantik mcm die ni kan...kan... haishhhhhh


"When something bad happens, You have three choices.
You can let it define you.
Let it destroy You,
or You can let it strengthen you."

C.I.N.T.A.

Cinta,,,

Ada Apa Dengan Cinta, :) ada seribu rasa dan persoalan yang sukar difahami. Mudah difahami bagi orang yang mudah mendapatkan cinta tu, tapi sukar difahami bagi orang yang masih belum menemui cinta hati nya. 

Anda sering diajukan dengan soalan "memilih kot?' memilih tu memang la perlu kn, x kan kite nak asal boleh je. sbb dari rasa cinta datang rasa suke dn mungkin akan bawa ke jinjang pelamin, so perlu untuk memilih. bukan nak memilih yg bukan2.. just memilih dr sudut, kena la ade pekerjaan yang baik, ade visi dan cita2 utk berjaya, ada rasa tanggungjwb pd hubungan dari sekarang sampai la dh kawen n dh beranak pinak nnt.. x gtu? heeee

anda pernah bercinta? mesti la pernah kan.. saya pon pernah jugak.. tapi semuanya x kesampaian... kenapa ek? mungkin salah saya..tp x kan salah sy sorang kot.. kalau lelaki yg nak kwn ngan sy tu x serius mcm mane.. x kan saya je nk mengharap kan. saya pon ada hati dn perasaan jugak. dah cuba nak lupekan dia, tapi nak wat camner,,, perasaan tu masih ada.. bukan mudah nak lupekan orang yg kite sayang mcm tu je. sbb kite bukan jenis playgirl.. hurmmmm .. sedih bile cube mengenali org lain tp masih x jumpe yg betol2 ikhlas dn jujur, kebanyakan nye hanya nak ambil kesempatan je.. smua lelaki mcm tu ke ek? mane la pergi lelaki yg serius, yg jujur, yg berani, yang bertanggungjawab tu kan? oh ye dah jd suami org... huwaaaaa..

ok la, dah mule merepek.. tp seriously skrg ni mmg dlm mood sedih, kecewa dn penuh dengan perasaan yang x menentu.. sering tertanya2 dlm diri.. OH TUHAN, DIMANAKAH JODOH BUAT HAMBAMU INI :(